Tindakan tegas kepada penganjur maraton ‘haram’

Kuala Lumpur: Persatuan Olahraga Selangor (POS) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur acara maraton yang menganjurkan acara itu secara ‘haram’.

Ia susulan beberapa penganjuran siri perlumbaan maraton termasuk PJ Half Maraton yang akan berlangsung Ahad ini dilangsungkan tanpa mendapat sanksi atau permit.

Presiden POS, Nurhayati Karim berkata, perkara itu menimbulkan kebimbangan badan pengelola sukan kerana ia membabitkan isu keselamatan awam dan pembabitan atlet dalam acara larian di luar stadium. 

“Apa yang kita bimbang adalah sekiranya berlaku kecelakaan dan kemalangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top